Wednesday, November 3, 2010

Info Anak 3












Bila Sebenarnya Si Kecil Anda Boleh Mula Makan?


Anda ingin memberi si kecil anda makanan selain daripada susu tetapi tidak tahu bilakah masa yang sesuai. Sedikit pengetahuan diperlukan agar makanan tidak diberikan sewenang-wenangnya kerana bayi anda belum lagi membentuk sistem pencernaan yang sempurna.


0 – 5 bulan
Sebaik-baiknya bayi tidak diberi makanan selain daripada susu ibu kerana susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi dan mempunyai khasiat yang secukupnya. Sekiranya tidak mampu kerana mempunyai masalah, anda boleh menyusukan bayi dengan susu formula yang sesuai tetapi bukan memberi makan pejal kepada bayi.


6 bulan
Pada umur 6 bulan, kebanyakan bayi memerlukan makanan lain di samping susu ibu. Lebih-lebih lagi apabila berat badan bayi tidak bertambah apabila diberkan susu ibu sahaja.


** Janganlah risau sekiranya bayi menolak makanan pejal kerana pada umur 6 bulan, ini kerana bayu tidak semestinya makan makanan pejal sehingga dia berumur 8 bulan.


8 bulan
Selepas berusia 8 bulan, semua bayi perlu diberikan makanan lain selain daripada susu ibu. Anda boleh berikan sayur yang direbus dan dilenyek bersama bubur bayi. Perkenalkan bayi anda dengan beberapa jenis makanan supaya dia mendapat khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan mental dan fizikal.


12 bulan – 3 tahun
Perut kanak-kanak tidak sebesar perut orang dewasa. Oleh itu, kanak-kanak tidak boleh mengambil hidangan yang besar seperti orang dewasa dalam satu masa. Berikan kanak-kanak makanan sekerap mungkin iaitu 5 - 6 kali sehari. Makanan pejal tersebut mestilah diperkaya dengan bubur atau kanji yang dicampur dengan sayur dan telur.





No comments:

Post a Comment