Wednesday, November 3, 2010














Puding Karamel


6 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla


Bahan untuk Sos Karamel


1/2 cawan gula pasir
Sedikit air


Cara Penyediaan Sos Karamel


Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang bulat 7 inci di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Tutup api dan ketepikan loyang biar gula sejuk.


Cara Penyediaan Puding


Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu pekat dan air. Masukkan adunan ke dalam loyang berisi sos karamel dan kukus selama 25 minit atau sampai masak. Setelah masak sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Setelah sejuk boleh lah di hidang.


** Semasa mengukus, ikat tutup kukus dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas puding.













Lempeng Strawberi


250 gm tepung naik sendiri
300 ml susu segar
5 biji strawberi – di kisar
1 biji telur
1 camca besar gula halus
½ camca kecil garam
2 camca besar madu


Cara - cara


Satukan tepung naik sendiri, garam, gula dan susu segar di dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Masukkan telur dan strawberi, kisar lagi. Tuangkan adunan di dalam bekas. Panaskan kuali leper, tuangkan satu senduk adunan dan ratakan. Biarkan adunan seketika dan balik-balikkan sehingga masak. Hidangkan bersama madu.






















Jeli Koktail


200 gm jeli berwarna-warni
1 cawan nata de coco
1 cawan susu cair
Ais kiub


Cara – cara


Masukkan jeli yang beraneka warna kedalam mangkuk. Kemudian masukkan nata de coco bersama-sama airnya. Selepas itu, campurkan satu cawan susu cair dan kacau kemudian letakkan ais kiub. Sedia untuk di hidangkan.


















Banana Split


2 biji pisang berangan
1 skop aiskrim vanilla
1 skop aiskrim strawberi
10 ml sos coklat
10 ml sos strawberi
Buah ceri
Kacang tanah yg telah dimesin kasar
10 ml krim segar


Cara – cara


Pisang berangan di belah dua dan susun di dalam manguk. Kemudian skopkan aiskrim vanilla dan strawberi. Setelah itu hiaskan dengan krim segar, sos coklat, sos strawberi, buah ceri dan kacang tanah. Hidangkan.

 





Info Anak 3












Bila Sebenarnya Si Kecil Anda Boleh Mula Makan?


Anda ingin memberi si kecil anda makanan selain daripada susu tetapi tidak tahu bilakah masa yang sesuai. Sedikit pengetahuan diperlukan agar makanan tidak diberikan sewenang-wenangnya kerana bayi anda belum lagi membentuk sistem pencernaan yang sempurna.


0 – 5 bulan
Sebaik-baiknya bayi tidak diberi makanan selain daripada susu ibu kerana susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi dan mempunyai khasiat yang secukupnya. Sekiranya tidak mampu kerana mempunyai masalah, anda boleh menyusukan bayi dengan susu formula yang sesuai tetapi bukan memberi makan pejal kepada bayi.


6 bulan
Pada umur 6 bulan, kebanyakan bayi memerlukan makanan lain di samping susu ibu. Lebih-lebih lagi apabila berat badan bayi tidak bertambah apabila diberkan susu ibu sahaja.


** Janganlah risau sekiranya bayi menolak makanan pejal kerana pada umur 6 bulan, ini kerana bayu tidak semestinya makan makanan pejal sehingga dia berumur 8 bulan.


8 bulan
Selepas berusia 8 bulan, semua bayi perlu diberikan makanan lain selain daripada susu ibu. Anda boleh berikan sayur yang direbus dan dilenyek bersama bubur bayi. Perkenalkan bayi anda dengan beberapa jenis makanan supaya dia mendapat khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan mental dan fizikal.


12 bulan – 3 tahun
Perut kanak-kanak tidak sebesar perut orang dewasa. Oleh itu, kanak-kanak tidak boleh mengambil hidangan yang besar seperti orang dewasa dalam satu masa. Berikan kanak-kanak makanan sekerap mungkin iaitu 5 - 6 kali sehari. Makanan pejal tersebut mestilah diperkaya dengan bubur atau kanji yang dicampur dengan sayur dan telur.




















Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak (Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas)

5 sudu nasi yang baru dimasak
1 keping ikan merah - anggaran 50 gram (pastikan tanpa tulang)
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air


Cara - cara

Masukkan semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk. Gunakan api besar untuk didihkan masakan selepas itu kecilkan api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi. Kisar halus atau terus hidang.

Info Anak 2

Yang Perlu Anda Tahu





Elakkan buah-buahan sitrus seperti daripada keluarga oren dan limau untuk kanak-kanak bawah 1 tahun. Ia sama sekali tidak sesuai untuk perut dan usus mereka yang masih lembut.





Jangan sekali-kali cuba memberikan si kecil anda, di bawah usia 4 tahun dengan hidangan kopi dan kafein yang tinggi.





Minuman bergas juga sebaiknya dielakkan untuk si kecil bawah 4 tahun, usus mereka terlalu lembut untuk menerima daya ketidakserapan makanan. Biarkan mereka melalui proses pencernaan yang sempurna.




Elakkan makanan tinggi bahan awet seperti yang terkandung dalam aneka makanan ringan. Ia sama sekali tidak baik untuk kesihatan mereka.