Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Resepi Cornflakes Madu



 

 

 

 

Bahan-bahan ( lebih kurang 150 paper cup )

  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar golden syrup ~ optional
  • 4 cawan cornflakes
  • Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
Cara-cara
  • Kesemua kekacang di bakar secara berasingan kemudian ditumbuk / blend kasar. Ketepikan.
  • Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk. Kacau sebentar untuk sebatikan bahan-bahan tersebut. Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
  • Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
  • Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah kan bahan-bahan tadi ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit kepingan cornflakes tersebut (jangan ramas atau hancurkan)
  • Taburkan kekacang tadi ke dalam mangkuk berisi cornflakes dan gaul sekata. Boleh masukkan ceri jika mahu.
  • Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday, October 23, 2010

Kung Pao Chicken











Bahan A

  • 600 gm isi ayam - potong dadu
  • tepung jagung
  • garam

(Isi ayam disalutkan dengan sedikit garam dan tepung jagung - goreng dan toskan)

Bahan B

  • 100 gm  kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30gm lada kering - pilih yang lebar2 dan potong dalam 1 - 1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar (warna kuning) - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji lada capsicum - potong lebar2
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • 1/4 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara cara

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng lada kering sehingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada capsicum, isi ayam, sos tiram, cili sos dan sedikit air. Biarkan kering, selepas tu masukkan gajus, kacau dan angkat. Sedia untuk di hidang.