Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Kung Pao Chicken











Bahan A

  • 600 gm isi ayam - potong dadu
  • tepung jagung
  • garam

(Isi ayam disalutkan dengan sedikit garam dan tepung jagung - goreng dan toskan)

Bahan B

  • 100 gm  kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30gm lada kering - pilih yang lebar2 dan potong dalam 1 - 1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar (warna kuning) - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji lada capsicum - potong lebar2
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • 1/4 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara cara

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng lada kering sehingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada capsicum, isi ayam, sos tiram, cili sos dan sedikit air. Biarkan kering, selepas tu masukkan gajus, kacau dan angkat. Sedia untuk di hidang.

Nasi Ayam Goreng











  • 2 mangkuk nasi ayam
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit kicap cair
  • Secukup minyak untuk menumis

Cara - Cara

  • Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali, goreng dan pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata.
  • Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata.
  • Setelah masak angkat dan letakkan di atas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng.

Friday, October 22, 2010

Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Makanan yang Boleh Membantu Meningkatkan Keupayaan Seks Lelaki :
  • Telur Ayam Kampung
  • Belut
  • Madu
  • Herba Tongkat Ali
  • Ginseng
  • Ginkgo
Amalan untuk Menjaga Tahap Kesuburan Lelaki :
  • Jangan makan nasi sambil minum air. Adalah lebih baik jika minum setelah selesai makan iaitu 2 minit selepas suapan terakhir.
  • Kurangkan memakan pisang embun.
  • Jangan kerap minum air batu. Ini akan melemahkan keupayaan tenaga batin.
  • Jangan hembus nafas ketika minum. Cara ini dikatakan dapat membantu daripada cepat penat dan mudah lemah.