Bahan-bahan ( lebih kurang 150 paper cup )
- 3 sudu besar butter
- 3 sudu besar gula merah
- 3 sudu besar madu
- 1 sudu besar golden syrup ~ optional
- 4 cawan cornflakes
- Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
Cara-cara
- Kesemua kekacang di bakar secara berasingan kemudian ditumbuk / blend kasar. Ketepikan.
- Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk. Kacau sebentar untuk sebatikan bahan-bahan tersebut. Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
- Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
- Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah kan bahan-bahan tadi ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit kepingan cornflakes tersebut (jangan ramas atau hancurkan)
- Taburkan kekacang tadi ke dalam mangkuk berisi cornflakes dan gaul sekata. Boleh masukkan ceri jika mahu.
- Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment